Setelah 2 hari bertungkus-lumus siang malam akhirnya berjaya jgk saya letakkan mini site panduan asas adsense pada page pertama dalam google.(setakat 11 Sep 09) Tapi tu pun dengan 4 keyword jer.Keyword lain terlalu ramai pesaing.hehehe…

  1. Panduan Asas Adsense – Page pertama no. 1
  2. Asas Adsense – Page pertama no. 3
  3. video Panduan Adsense – Page pertama no. 8
  4. langkah pertama untuk menceburi adsense – Page pertama no 9

Tips yang saya buat sebenarnya bermula sebelum saya buat keputusan untuk beli domain. Ini di antara tips yang saya lakukan :

  • Buat satu senarai tajuk untuk produk yang akan saya buat.
  • Guna Google Keyword Tool untuk lihat pesaing saya.
  • Cari diantara senarai tajuk yang saya buat yang tidak mempunyai pesaing lagi. Saya list down tajuk yang tiada pesaing tetapi mesti berkaitan dengan produk
  • Beli domain mengunakan tajuk yang telah saya list down
  • Tajuk website saya akan buat sama seperti domain yang saya telah beli
  • Metatag di dalam website amat penting untuk pastikan enjin carian dapat crawl website anda
  • Pada bahagian description di dalam metatag saya letakkan tajuk website saya  pada mula2 ayat description
  • Keyword pertama saya letakkan juga nama tajuk website saya dan untuk keyword seterusnya saya menggunakan Google Keyword Tool skali lagi untuk cari keyword yang berkaitan dengan website saya yang mempunyai pesaing yang kurang.

Ini diantara tips yang saya amalkan selama ini. Harap tips ini dapat memberi sedikit panduan kepada anda. Kalau anda mempunyai tips-tips yang lain anda boleh letakkan di dalam komen agar dapat kita kongsi bersama.

banner 468x60 SEO   Kepuasan Setelah Berusaha

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.