1083011 thinking out of the box 2 Ilmu Seciput

Ilmu seciput?

Bidang ilmu terlalu luas untuk dipelajari. Ilmu agama, ilmu kedoktoran, ilmu pengajian, ilmu kehakiman, ilmu perniagaan dan berbagai lagi. Terlalu banyak untuk diperkatakan dan rasanya kita pasti tak mampu untuk mempelajari kesemuanya kan? icon smile Ilmu Seciput

Mengikut kajian otak manusia boleh menerima MINIMUM 300 kepakaran. Itu minimum…cuba kita fikirkan berapa kepakaran yang kita telah kuasai? Rasa tak yang ilmu kita hanya SECIPUT?hehe..

Oleh kerana seciput inilah kita perlu belajar dan lebih belajar untuk menguasai seberapa mungkin ilmu yang kita nak tahu. Saya amat berbangga ada sesetengah masyarakat kita suka mencari ilmu. Zaman sekarang untuk mencari ilmu saya rasa tak susah.hanya satu klik kita boleh tahu apa yang kita nak tahu kan?

Tetapi apa yang saya nampak ada segelintir dalam masyarakat kita dengan hanya ILMU SECIPUT ni la dia nak banggakan. Saya bukannya racist tapi ini adalah kenyataan..

Mungkin jugak dengan peribahasa “biar papa asal bergaya” kita terpengaruh sampai sekarang. Tapi cuba fikirkan..dengan ilmu seciput tu apa yang kita nak banggakan? Apa yang kita dapat?

Golongan yang bangga dengan ilmu seciput ni kalau anda perasan mereka suka merendah2 kan ilmu orang lain. Kenapa?…sebab mereka mahu orang lihat yang ilmunya lebih tinggi dari orang tu. Untuk apa?….bukannya boleh menambah ilmu pun kalau suka merendah2kan ilmu orang lain kan?

Kesannya…mereka still berada di takuk yang lama..still dalam tempurung yang mereka dirikan untuk mereka sendiri!

Penyakit ini saya dah lama perasan dalam masyarakat kita. Saya selalu perhatikan karenah mereka. Kadang2 rasa nak tergelak pulak bila golongan ini menunjukkan kebodohan mereka.

Maaflah sebab tulisan saya kali ini amat kasar. Dengan kekasaran inilah yang akan buat kita celik…

Moga2 kita dihindarkan dengan penyakit ini dan berusaha mencari lebih ilmu. Amin..

” Carilah Ilmu Walau Sampai Ke Negeri Cina” – Maksud Hadith

banner 468x60 Ilmu Seciput

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.