Perbezaan Perniagaan Offline
Mar 2nd

Salam semua pengunjung blog Mykit.. Bulan lepas hanya 2 post sahaja artikel yang saya submit dalam blog ni
Buat masa sekarang saya agak sibuk sket dengan 2 projek terbaru. Satu online bisnes dan satu lagi offline bisnes. Ok saya tak nak sentuh tentang projek online saya tapi saya nak sentuh mengenai projek offline.
Idea untuk buat projek ni sebenarnya dah 2 tahun lepas. Masa tu tengah top lagi bisnes ni so saya tak nak la start bisnes pada waktu persaingan tengah banyak kan?
biar cool down sket bila pengeluaran dah semakin kurang tetapi permintaan masih tinggi. Bisnes yang saya maksudkan ialah bisnes Frozen Food.
Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah perbezaan dalam melakukan kertas kerja sehingga ke pelan pemasaran dalam perniagaan offline ni.
Dari segi kertas kerja, perniagaan offline ni memerlukan kerja-kerja awal yang agak detail untuk memastikan setiap pengeluaran yang dihasilkan memenuhi setiap permintaan. Kajian dalam menentukan target market amat penting. Ye la sebelum keluarkan modal perlu tahu jugak permintaan dan target market untuk produk yang kita bakal hasilkan.

