Mengapa Kita Malas Buat Promosi?

marketing-strategy

Salam kepada pengunjung blog Mykit…

Post kali ini saya nak membincangkan mengapa usahawan internet malas membuat promosi?

Fenomena perniagaan internet pada masa sekarang amat menggalakkan. Jika dibandingkan dengan 5-10 tahun yang lepas perniagaan internet ini agak terasing dan terpencil. Mengapa ini berlaku?

Kerana kesedaran dalam penggunaan internet pada masa itu agak kurang. Kemudian semenjak kemunculan jutawan internet saudara Irfan Khairi telah mencelikkan mata kita bahawa perniagaan melalui internet adalah tidak mustahil.

Maka bermulalah era dimana ramai yang ingin cuba membina empayar perniagaan mereka melalui internet. Dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan menipu dengan memberikan janji-janji manis menjadi jutawan sekelip mata sambil menonton Astro di rumah :)

Saban hari semakin meningkat usahawan-usahawan internet yang muncul dan sehinggalah sekarang masih lagi ada usahawan-usahawan ingin mencuba perniagaan seperti ini. Pelbagai produk fizikal, digital dan perkhidmatan yang diniagakan.

internet mktg

Jika dilihat website atau blog perniagaan usahawan-usahawan ini amat menarik dan canggih. Tetapi satu perkara yang paling MUSTAHAK dan perlu diberi perhatian samada perniagaan offline mahupun online ialah PROMOSI atau MARKETING yang seringkali menjadi masalah.

Ini berlaku kerana teknik promosi dan marketing yang kita lakukan terlalu konvesional dan yang paling memburukkan lagi keadaan ialah membazirkan MASA dalam melakukan promosi. Sedangkan kebanyakan usahawan-usahawan internet ini bukanlah dikalangan mereka yang menumpukan kepada perniagaan online sepenuhnya. Ramai yang masih bekerja makan gaji.

Jadi mereka sebenarnya bukannya MALAS buat promosi tetapi dengan masa yang terhad dan teknik promosi yang agak memakan masa yang menjadikan mereka begitu. Semakin hari semangat untuk berniaga di internet semakin luntur.

“tak pelah, nanti bila dah berenti kerja baru nak fokus dalam bisnes ni”

Pemikiran yang sebegini akan mucul di dalam kepala mereka. Sedangkan duit dan masa telah banyak dihabiskan dalam membangunkan perniagaan. Produk telah ada..website pun telah ada..cuma masa je tiada untuk buat promosi.

ANDA SALAH!..bukan masa yang tiada dalam melakukan promosi tetapi TEKNIK PROMOSI yang SALAH!. Dengan menyempitkan pemikiran sebegini yang menjadikan kita seringkali memberi alasan. Dunia perniagaan internet semakin berkembang dan sudah tentunya teknik promosi juga semakin berkembang. Sekarang terdapat pelbagai cara mudah untuk melakukan promosi perniagaan kita. Jadi berhentilah kita memberi alasan sekarang.

  • Share/Bookmark

Random Posts

You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Free WordPress News Theme by Free WordPress Themes | Thanks to Premium Themes and WordPress 3 Themes
Ilham Group