logo ilham rasa food Perbezaan Perniagaan Offline

Salam semua pengunjung blog Mykit.. Bulan lepas hanya 2 post sahaja artikel yang saya submit dalam blog ni icon smile Perbezaan Perniagaan Offline

Buat masa sekarang saya agak sibuk sket dengan 2 projek terbaru. Satu online bisnes dan satu lagi offline bisnes. Ok saya tak nak sentuh tentang projek online saya tapi saya nak sentuh mengenai projek offline.

Idea untuk buat projek ni sebenarnya dah 2 tahun lepas. Masa tu tengah top lagi bisnes ni so saya tak nak la start bisnes pada waktu persaingan tengah banyak kan? icon smile Perbezaan Perniagaan Offline biar cool down sket bila pengeluaran dah semakin kurang tetapi permintaan masih tinggi. Bisnes yang saya maksudkan ialah bisnes Frozen Food.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah perbezaan dalam melakukan kertas kerja sehingga ke pelan pemasaran dalam perniagaan offline ni.

Dari segi kertas kerja, perniagaan offline ni memerlukan kerja-kerja awal yang agak detail untuk memastikan setiap pengeluaran yang dihasilkan memenuhi setiap permintaan. Kajian dalam menentukan target market amat penting. Ye la sebelum keluarkan modal perlu tahu jugak permintaan dan target market untuk produk yang kita bakal hasilkan.

Seperti yang anda tahu modal yang perlu dikeluarkan untuk memulakan bisnes offline ni bukan sikit lebih2 lagi bila dalam bisnes pengeluaran produk frozen food ni. Material produk mungkin tidak la banyak sangat tetapi modal seperti membeli mesin adun tepung, freezer, chiller, renovate kedai dan berbagai lagi mencecah ribuan ringgit. Itu belum masuk gaji pekerja dan perkara-perkara remeh yang tak nampak di mata seperti register company, lesen majlis perbandaran, lesen kementerian kesihatan, petrol dan sebagainya. Kalau dalam bisnes online ni RM300 tak habis rasanya.hehe..

Dalam pemasaran pula..walaupun saya dah masuk 3 tahun pengalaman dalam marketing/promosi secara online, ia tak sama dengan cara melakukan marketing/promosi secara offline. Pelan pemasaran secara terperinci perlu dilakukan dan yang lebih ketara pemasaran offline ni memerlukan anda berjumpa lebih ramai orang dari pelbagai peringkat. Ini amat berbeza bila anda melakukan pemasaran secara online, anda hanya perlu duduk di depan pc/laptop untuk membuat marketing/promosi. Konsepnya tetap sama iaitu memperkenalkan produk kita kepada target market yang betul.

banner1 Perbezaan Perniagaan Offline

banner 468x60 Perbezaan Perniagaan Offline

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.