bulb marketing2 300x233 Berehat Sebentar   Offline Marketing

Ni bukan iklan “berehat sebentar dengan Kit Kat” icon smile Berehat Sebentar   Offline Marketing

Dah 2 minggu dah saya slow skit beri komitment dalam internet side income ni. Seperti yang korang tau sekarang ni saya tengah mencebur diri dalam pembuatan makanan MSS (Makanan Siap Di-Saji). Saya baru tau istilah ni.hehehe…kelakar jugak bunyinyer tapi itulah hakikatnya. Ada dua kategori dalam produk makanan ni

  1. Makanan Sedia-Disaji (MSS) adalah makanan yang sudah sedia dimasak dan dijual, tetapi perlu dipanaskan sebelum dimakan
  2. Makanan Sedia-Dimakan (MSM) adalah makanan yang boleh dimakan terus dalam bentuk yang sama seperti ia dijual atau diedarkan. Ia tidak termasuk kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu dikupas atau dicuci oleh pengguna

Sekarang ni saya telah ada 12 pekerja. Untuk seorang yang menguruskan semuanya termasuk marketing memang saya tak mampu. Oleh sebab tu saya telah mencari hub-hub yang berpotensi untuk saya letakkan produk-produk saya. So saya menjimatkan masa dalam melakukan marketing.

Saya ada satu cerita menarik tentang marketing ni. Saya tolak harga 1 pek kuih RM2.50 dan harga jualan yang dicadangkan RM3.00. Salah seorang yang join dalam marketing produk ni telah membuat satu teknik marketing yang agak bijak dari orang lain.

Beliau menjual 1 pek kuih yang saya tolak kepadanya RM3.50/pek dan 3 pek dengan harga RM10.00. Sebelum beliau jual dengan harga begitu beliau telah berjumpa saya terlebih dahulu untukĀ  maklumkan yang beliau akan menggunakan harga lebih tinggi dari yang dicadangkan. For me it is just business. I give him RM2.50/pack and it’s up to him to sell my products at what price as long as it’s reasonable right.

Beliau telah berkecimpung dalam offline marketing ni agak lama. Katanya sekarang nilai RM3.00/pek – RM4.00/pek adalah lebih mahal jika dibandingkan RM10.00/3 pek. Saya tertarik dengan penjelasan beliau semasa beliau berjumpa saya untuk meminta izin menjual produk saya pada harga demikian. Hasilnya dalam masa seminggu jumlah sales yang beliau hasilkan lebih jika dibandingkan dengan wakil-wakil jualan saya yang lain.

Sebelum ni saya pun tak terfikir pun tentang tu walaupun saya pernah jugak beli kerepek RM10.00/3 pek. Secara psikologinya saya lebih nampak RM10.00/3 pek adalah lebih murah.

banner 468x60 Berehat Sebentar   Offline Marketing

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.