Pendapatan Tambahan Di Facebook
Jun 11th


Terdapat pelbagai cara untuk kita mencari duit menggunakan kemudahan internet. Jika dilihat sekarang kebanyakan peniaga-peniaga menggunakan internet sebagai salah satu strategi pemasaran.
Ini dapat dilihat di dalam medium-medium pengantara social networking seperti Facebook terutamanya. Saya juga tidak ketinggalan menggunakan Facebook sebagai salah satu strategi pemasaran. Seperti saya menggunakan RSS ini. Selain dari pengunjung blog saya membaca tulisan saya kawan-kawan saya pun boleh membaca tulisan saya di Facebook tanpa perlu buat kerja 2 kali. Ini salah satu teknik yang di ajar di dalam Teknik Promosi Mudah bagi menjimatkan masa melakukan promosi.
Ada juga di antara anda mahu terlibat sama dalam perniagaan ini tetapi tidak mempunyai produk..
Tahukah anda, tidak semestinya anda perlu mempunyai produk seperti tudung, kain, produk kecantikan dan sebagainya untuk mencari pendapatan tambahan di Facebook.
Sebelum ini saya ada cerita serba sedikit tentang produk Pay-Per-Click (PPC) Need Earn di http://www.mykit.info/2010/02/side-income-needearn . Ini adalah salah satu cara dari beribu-ribu cara bagaimana untuk anda menggunakan Facebook dalam menambah pendapatan.
Saya akan terangkan cara-cara lain dalam tulisan akan datang.

