Judi Bola: Mengapa Jabatan Agama Dan Mufti Membisu?
May 27th

Ketika orang ramai, NGO dan parti-parti politik sibuk berdemonstrasi supaya dimansuhkan lesen perjudian Piala Dunia di mana perginya suara bantahan dari jabatan-jabatan agama?…Di mana perginya suara-suara mufti yang berkuasa mengeluarkan fatwa?…
Berehat Sebentar – Offline Marketing
Apr 7th

Ni bukan iklan “berehat sebentar dengan Kit Kat”
Dah 2 minggu dah saya slow skit beri komitment dalam internet side income ni. Seperti yang korang tau sekarang ni saya tengah mencebur diri dalam pembuatan makanan MSS (Makanan Siap Di-Saji). Saya baru tau istilah ni.hehehe…kelakar jugak bunyinyer tapi itulah hakikatnya. Ada dua kategori dalam produk makanan ni
- Makanan Sedia-Disaji (MSS) adalah makanan yang sudah sedia dimasak dan dijual, tetapi perlu dipanaskan sebelum dimakan
- Makanan Sedia-Dimakan (MSM) adalah makanan yang boleh dimakan terus dalam bentuk yang sama seperti ia dijual atau diedarkan. Ia tidak termasuk kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran yang perlu dikupas atau dicuci oleh pengguna
Sekarang ni saya telah ada 12 pekerja. Untuk seorang yang menguruskan semuanya termasuk marketing memang saya tak mampu. Oleh sebab tu saya telah mencari hub-hub yang berpotensi untuk saya letakkan produk-produk saya. So saya menjimatkan masa dalam melakukan marketing.
Saya ada satu cerita menarik tentang marketing ni. Saya tolak harga 1 pek kuih RM2.50 dan harga jualan yang dicadangkan RM3.00. Salah seorang yang join dalam marketing produk ni telah membuat satu teknik marketing yang agak bijak dari orang lain.
Ilmu Seciput
Nov 16th

Ilmu seciput?
Bidang ilmu terlalu luas untuk dipelajari. Ilmu agama, ilmu kedoktoran, ilmu pengajian, ilmu kehakiman, ilmu perniagaan dan berbagai lagi. Terlalu banyak untuk diperkatakan dan rasanya kita pasti tak mampu untuk mempelajari kesemuanya kan?
Mengikut kajian otak manusia boleh menerima MINIMUM 300 kepakaran. Itu minimum…cuba kita fikirkan berapa kepakaran yang kita telah kuasai? Rasa tak yang ilmu kita hanya SECIPUT?hehe..
Oleh kerana seciput inilah kita perlu belajar dan lebih belajar untuk menguasai seberapa mungkin ilmu yang kita nak tahu. Saya amat berbangga ada sesetengah masyarakat kita suka mencari ilmu. Zaman sekarang untuk mencari ilmu saya rasa tak susah.hanya satu klik kita boleh tahu apa yang kita nak tahu kan?
Tetapi apa yang saya nampak ada segelintir dalam masyarakat kita dengan hanya ILMU SECIPUT ni la dia nak banggakan. Saya bukannya racist tapi ini adalah kenyataan..
Mungkin jugak dengan peribahasa “biar papa asal bergaya” kita terpengaruh sampai sekarang. Tapi cuba fikirkan..dengan ilmu seciput tu apa yang kita nak banggakan? Apa yang kita dapat?
Golongan yang bangga dengan ilmu seciput ni kalau anda perasan mereka suka merendah2 kan ilmu orang lain. Kenapa?…sebab mereka mahu orang lihat yang ilmunya lebih tinggi dari orang tu. Untuk apa?….bukannya boleh menambah ilmu pun kalau suka merendah2kan ilmu orang lain kan?
Kesannya…mereka still berada di takuk yang lama..still dalam tempurung yang mereka dirikan untuk mereka sendiri!
Penyakit ini saya dah lama perasan dalam masyarakat kita. Saya selalu perhatikan karenah mereka. Kadang2 rasa nak tergelak pulak bila golongan ini menunjukkan kebodohan mereka.
Maaflah sebab tulisan saya kali ini amat kasar. Dengan kekasaran inilah yang akan buat kita celik…
Moga2 kita dihindarkan dengan penyakit ini dan berusaha mencari lebih ilmu. Amin..
” Carilah Ilmu Walau Sampai Ke Negeri Cina” – Maksud Hadith

