44% Blogger Jual Produk & Servis
Feb 3rd

Mengikut poll yang dijalankan oleh Problogger 44% blogger menjual produk & servis di dalam blog mereka sendiri daripada mereka menyertai program2 affiliate dan pengiklanan.
Samada mereka menjual ebook, learning program dan sebagainya, mereka menjadikan ia sebagai sumber pendapatan mereka. Keputusan poll seperti di bawah.

Secara peribadi saya tak terlibat dalam poll ni tapi saya merasakan zaman sekarang ialah di mana ramai blogger mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing2. Menjual produk @ servis adalah satu bisnes yang menguntungkan. Pada masa akan datang saya pasti peratusan ini akan meningkat.
Di antara produk & servis mereka berikan di dalam poll tersebut seperti ni:
Kelebihan Mempunyai Produk Sendiri
Jan 14th

Saya ada 1 cerita dari blogger Darren Rowse. Beliau pergi bercuti di sebuah pantai dengan family dia. Sambil diorg berjalan2 ditepi pantai tu, diorg ternampak 2 org street performer.
Diorg pegi la tgk show salah seorg performer tersebut. Memang lagu yang dimainkan agak menarik. Sebelum diorg pergi diorg letak la dlm $1 – $2 dalam bekas yang mamat tu sediakan.
Lepas tu diorg teruskan berjalan sampai di penghujung corner tu ada mamat performer sorg lagi. Apa yang menarik dengan mamat ni dia mainkan lagu guna gitar, harmonica, tamborin kecik yang diikat kat sebelah kakinya & drum foot yang dia buat sendiri. Kelebihan mamat tu bleh main byk alat muzik. Seperti biasa dia letakkan 1 bekas untuk siapa2 nak derma.
Ok berbalik pada tajuk post ini ialah, mamat tu siap jual 2 CD lagu yang dia mainkan. Harga satu CD $15 dua CD $25. Bukan setakat dia dapat collect duit derma dari org ramai yang dtg dengar pertunjukan dia, boleh dikatakan purata setiap 10 org yang dgr seorg akan beli CD dia.
Dalam 15 minit Darren Rowse ngan family dia tgk pertunjukan tu, dia lihat 8 org telah membeli CD mamat tu. Memang bijak mamat tu menggandakan income dia lebih 10 kali ganda dari mamat performer yang mula2 tadi. Orang rmai tertarik dengan kesungguhan mamat tu berbanding dgn performer yang mula2 tadi.
The moral of the story is :
“THE POWER OF HAVING YOUR OWN PRODUCTS”
Sekiranya anda mempunyai blog dan suka update blog anda dengan apa2 niche pun. Tak kira blog anda tentang internet bisnes ker…pasal masak-memasak ker…pasal citer2 pregnancy ker…tak salah anda tambah pendapatan anda dengan mencipta 1 produk yang berkaitan dgn niche blog anda. Betul tak?
Nasihat Untuk Menjadi Fulltime Blogger
Dec 17th
Saya ada baca satu artikel dari Darren Rowse “How to make $30,000 a year blogging”. Di US blogging ni boleh generate income yang banyak kalau kena caranya. Di Malaysia pun juga begitu tapi tidak cukup luas kerana kebanyakan blog2 yang kita hasilkan berbahasa melayu. Sekiranya kita mempunyai blog2 berbahasa english, kita mempunyai peluang yang besar untuk generate income.
Ok berbalik semula pada tajuk post kali ini. Dalam artikel tersebut Darren ada bagi 3 nasihat jika kita nak buat duit melalui blogging :
1. Jangan Berhenti Kerja…lagi
Memang tidak mustahil untuk kita menjana wang dengan blog tetapi ia bukan berlaku dalam 1 malam sahaja. Jika betul2 telah dapat duit yang banyak dan income masuk secara tetap ( saya tidak jamin ) anda boleh la fikir sekali lagiuntuk berhenti.
2. Tetapkan Target Yang Specific
Sekiranya anda ingin jadikan blogging kerja sepenuh masa anda, itu bukanlah satu target yang specific lagi. Tetapkan satu jumlah yang anda mahu capai. Sebagai contoh anda target mahu capai $30,000 income setahun (kurang atau lebih). Kenapa kena target amaun income? Tujuannya ialah supaya anda lebih bekerja keras dan memudahkan anda mengukur di level mana anda berada.
3. Pecahkan Target Anda Ke Satu Target Yang Boleh Anda Capai
$30,000 adalah satu amount yang amat besar bagi mereka yang newbie. Tak tercapai di akal camne nak dapatkan duit sebanyak itu. Ok mari kita pecahkan.
i. $30,000 setahun = $576.92 seminggu
ii. $30,000 setahun = $82.19 sehari
iii. $30,000 setahun = $3.42 sejam
Anda boleh pecahkan kepada sebulan. Dari sini kita akan rasa lebih mudah untuk kita setkan target kita setiap jam, hari @ minggu untuk capai target besar kita $30,000 setahun.
Ok, Apa Yang Perlu Kita Lakukan Untuk Mencapai Target $82.19 Sehari?
Ini di antara cara2 yang anda boleh praktikkan:
- CPC Ads – Sekiranya anda menggunakan Adsense sebagai suber income dari blog anda. Sebagai contoh average 1 click $0.05, anda perlu mendapatkan 1643 klik sehari untuk mencapai target $82.19. Ia bukan sesuatu yang mudah sebab Adsense juga menjalankan CPM ads. Ini sebagai contoh, kita teruskan cara yang berikut
- CPM Ads – Sekiranya anda meletakkan iklan CPM pada blog anda, sebagai contoh anda akan dibayar $2.00 CPM per ad unit dan anda letakkan 3 iklan pada setiap page. Anda memerlukan 13,000 page impression setiap hari.
- Monthly Sponsor Atau Iklan – Untuk mendapatkan $30,000 setahun anda perlu menjual iklan pada blog anda $2,500 sebulan. Tapi untuk menjemput orang atau company letakkan iklan di blog anda, anda memerlukan visitor yang ramai ke blog anda.
- Low Commission Affiliate Products – Sekiranya anda promote affiliate seperti Amazon. Commission purata satu sale ialah $0.40. Anda perlu menjual 205 produk untuk menghasilkan $82.19 sehari.
- High Commision Affiliate Products – Sekiranya anda promote ebook dari Clickbank. Sebagai contoh 1 ebook yang terjual anda dapat commission sebanya $10.00. Anda perlu menjual 8 ebook sehari untuk mencapai target harian anda.
- Really Big Commission Affiliate Products – Sudah pastinya ebook bukanlah satu produk yang besar untuk promote. Biasanya produk2 seperti ini ialah Training Course dimana anda dapat commission ratus dollar setiap jualan. Sebagai contoh anda dapat commission $300 setahun, anda memerlukan 8 jualan sebulan untuk mencapai target $30,000 setahun.
- Jual Produk Anda – Sekiranya anda mempunyai produk anda sendiri sebagai contoh ebook untuk dijual dalam blog anda. Harga ebook anda $20.00, anda memerlukan 4 jualan setiap hari.
Sebenarnya banyak cara untuk anda mendapatkan income dari blog anda sebagai contoh yang lain anda jual perkhidmatan anda, letakkan donation, paid review dan sebagainya..
Menjana duit dengan blog bukanlah sesuatu yang mudah. Ia bukan easy money dan ia bukan berlaku dalam 1 malam sahaja. Tetapi denganmeletakkan target yang betul tidak mustahil untuk anda menjana wang dengan blog anda.


