Kelebihan Mempunyai Produk Sendiri
Jan 14th

Saya ada 1 cerita dari blogger Darren Rowse. Beliau pergi bercuti di sebuah pantai dengan family dia. Sambil diorg berjalan2 ditepi pantai tu, diorg ternampak 2 org street performer.
Diorg pegi la tgk show salah seorg performer tersebut. Memang lagu yang dimainkan agak menarik. Sebelum diorg pergi diorg letak la dlm $1 – $2 dalam bekas yang mamat tu sediakan.
Lepas tu diorg teruskan berjalan sampai di penghujung corner tu ada mamat performer sorg lagi. Apa yang menarik dengan mamat ni dia mainkan lagu guna gitar, harmonica, tamborin kecik yang diikat kat sebelah kakinya & drum foot yang dia buat sendiri. Kelebihan mamat tu bleh main byk alat muzik. Seperti biasa dia letakkan 1 bekas untuk siapa2 nak derma.
Ok berbalik pada tajuk post ini ialah, mamat tu siap jual 2 CD lagu yang dia mainkan. Harga satu CD $15 dua CD $25. Bukan setakat dia dapat collect duit derma dari org ramai yang dtg dengar pertunjukan dia, boleh dikatakan purata setiap 10 org yang dgr seorg akan beli CD dia.
Dalam 15 minit Darren Rowse ngan family dia tgk pertunjukan tu, dia lihat 8 org telah membeli CD mamat tu. Memang bijak mamat tu menggandakan income dia lebih 10 kali ganda dari mamat performer yang mula2 tadi. Orang rmai tertarik dengan kesungguhan mamat tu berbanding dgn performer yang mula2 tadi.
The moral of the story is :
“THE POWER OF HAVING YOUR OWN PRODUCTS”
Sekiranya anda mempunyai blog dan suka update blog anda dengan apa2 niche pun. Tak kira blog anda tentang internet bisnes ker…pasal masak-memasak ker…pasal citer2 pregnancy ker…tak salah anda tambah pendapatan anda dengan mencipta 1 produk yang berkaitan dgn niche blog anda. Betul tak?

