Tips Pemasaran Di Facebook
Mar 20th
Salam semua pembaca blog ni.
Untuk kali ini saya nak kongsi sedikit tips untuk memasarkan produk anda melalui facebook.
Kebiasaannya kita selalu lihat kawan2 kita tag gambar baju,tudung,’tupperware’ dan sebagainya di facebook kita kan? Ada yang kita suka ada yang kita tak suka. Jika kita tak suka biasanya kita akan terus delete jer..
Teknik ini memang popular dikalangan kita dan mungkin diantara kita pun selalu menggunakan teknik ini bukan?hehehe…
Dulu saya ada terjumpa ebook tentang buat marketing di facebook dan menjana beribu ringgit setiap bulan!. Saya tak beli pun tapi saya tertanya2 macamana dia boleh buat macam tu?
So saya buka facebook saya dan termenung jap..memang saya tak nafikan facebook diantara social network yang terbaik untuk kita promote sesuatu produk kita cuma saya terfikir macamana nak dapatkan beribu-ribu RM sebulan dengan facebook.
Akhirnya saya terjumpa pelbagai teknik untuk kita buat promosi di facebook ni! Kebiasaannya setiap teknik promosi atau marketing yang saya jumpa saya akan list dan cubanya terlebih dahulu. Yang mana yang bagus saya akan tick dan yang mana yang tak bagus saya akan buang. (malas nak sesakkan kepala mende yang tak bagus ni.hehehe..)
Mengapa Kita Malas Buat Promosi?
Mar 11th

Salam kepada pengunjung blog Mykit…
Post kali ini saya nak membincangkan mengapa usahawan internet malas membuat promosi?
Fenomena perniagaan internet pada masa sekarang amat menggalakkan. Jika dibandingkan dengan 5-10 tahun yang lepas perniagaan internet ini agak terasing dan terpencil. Mengapa ini berlaku?
Kerana kesedaran dalam penggunaan internet pada masa itu agak kurang. Kemudian semenjak kemunculan jutawan internet saudara Irfan Khairi telah mencelikkan mata kita bahawa perniagaan melalui internet adalah tidak mustahil.
Maka bermulalah era dimana ramai yang ingin cuba membina empayar perniagaan mereka melalui internet. Dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan menipu dengan memberikan janji-janji manis menjadi jutawan sekelip mata sambil menonton Astro di rumah

